Seorang lelaki di Britain yang mengalami masalah saraf mendakwa dirinya mampu untuk merasa dan menghidu sesuatu perkataan, terutamanya nama manusia.
Henry Gray, 23, yang didiagnos menghidap synaesthesia leksikal-gustasi dikatakan boleh memberikan rasa serta bau nama-nama manusia melalui perkataan.
Masalah itu diketahui selepas ibu bapa dan gurunya meminta dia memberi pendapat mengenai ‘rasa’ nama rakan sekelasnya.
“Saya masih ingat berfikir bagaimana orang lain tidak menganggap nama Maggy itu berasa seperti telur” katanya sambil mengimbau zaman kanak-kanaknya.
Katanya lagi, nama anggota One Direction, Harry Styles berasa seperti ‘rambut melekat pada wayar telefon’.
“Saya selalu mengaitkan perkataan dan nama dengan rasa makanan, bau dan perasaan. Bagi saya, nama Kate Middleton berasa seperti memotong kain bergerigi menggunakan pisau di dalam gereja dan saya boleh mendengarnya.
“Salah satu nama yang paling teruk bagi saya ialah Kirsty iaitu bau air kencing. Saya tidak pasti boleh berkawan rapat atau bercinta dengan Kirsty,” katanya.
Selain synaesthesia leksikal-gustasi, terdapat sekurang-kurangnya 80 jenis synaesthesia lain yang diketahui, seperti synaesthesia warna, bentuk, sentuhan cermin dan lain-lain lagi. Julia Simner, ahli psikologi yang mengkaji sinestesia di Universiti Edinburgh, menganggarkan sekurang-kurangnya 4% daripada populasi manusia di dunia mempunyai sinestesia seperti kes Henry Gray ini.
Sumber: Kosmo, Greelane