Bilik Tidur Tular Kerana Dikatakan Mirip Kubur

Baru-baru ini tular satu video di TikTok yang memperlihatkan set katil yang diperbuat daripada bahan keras seperti simen dan seramik.

bilik tidur tular kerana dikatakan mirip kubur

Video yang dikongsikan pengguna TikTok @/vanessa17127 itu menunjukkan video katil dengan reka bentuk yang lain dari kebiasaan.

Walaupun berbentuk segi empat seperti pada umumnya, tetapi tempat tidur itu diperbuat daripada seramik.

Reka bentuknya yang unik membuatkan ramai pengguna lain yang menggelar tempat tidur itu sebagai ‘kubur’, yang mana ia kemudian mencetuskan perdebatan sekiranya ia dibuat untuk mereka yang hidup atau mati.

Dalam video itu, jelas kelihatan tempat tidur itu diperbuat dengan menggunakan simen, bata dan ditutup dengan keramik sekali gus membuatkan ia tidak dapat dipindahkan seperti katil biasa.

Bukan hanya itu, tempat itu juga dibuat lebih rendah yang mana pemilik kemudian akan meletakkan tilam di tengah-tengahnya.

Selain itu, bahagian belakangnya juga dilapisi dengan seramik dan diberi lubang berbentuk kotak.

 

Sumber: [1]