Bikin Terhibur, Cerita Tentang Google Yang Pernah Menyewa Kambing Di Ibu Pejabat

Pada 1 Mei 2009, Google membuat pengumuman menerusi entri blog mereka yang berjudul ‘Memotong dengan kambing’.

bikin terhibur, cerita tentang google yang pernah menyewa kambing di ibu pejabat

Menurut Google, di ibu pejabat mereka, iaitu di Mountain View, mereka punya beberapa ladang yang memerlukan pemotongan dan pembersihan rumpai serta cerucuk berus secara berkala bagi mengurangkan kebakaran.

Sehubungan dengan itu, pada musim bunga tahun tersebut, mereka akhirnya memutuskan untuk mengambil pendekatan rendah karbon, iaitu dengan menyewa kambing.

Lanjut Google, daripada menggunakan mesin pemotong yang menimbulkan bunyi bising serta menggunakan petrol dan mencemarkan udara, mereka telah memutuskan untuk menggunakan khidmat beberapa ekor kambing yang disewa dari California Grazing.

Tambah mereka lagi, mereka sebenarnya tidak bercanda.

Berikutan itu, seorang penggembala kemudiannya datang ke Google dan membawa kira-kira 200 ekor kambing.

Kesemua kambing itu menghabiskan masa kira-kira seminggu Google sambil memakan rumput dan membaja di situ.

Kambing-kambing yang digembala itu juga turut menerima bantuan daripada Jen, seekor anjing Bordie Collie, iaitu baka anjing yang bekerja dan menggembala.

Simpul Google, harga yang dibelanjakan untuk menyewa kesemua kambing tersebut adalah lebih kurang dengan amaun yang dikeluarkan untuk mengupah orang memotong.

Akui mereka juga, pemandangan kambing adalah lebih senang ditonton berbanding dengan mesin jentera pemotong rumput.

 

Sumber: Google