Biar Betul? China Dakwa Temui Virus COVID-19 Dalam Durian Dari Thailand?

Sebuah pasar di bandar Ganzhou, China dilaporkan menemui wabak COVID-19 daripada permukaan durian yang diimport dari Thailand.

biar betul? china dakwa temui virus covid-19 dalam durian dari thailand?

Hal tersebut dikongsikan Pejabat Hal Ehwal Pertanian bawah Kedutaan Thailand di Beijing, China.

Pejabat terbabit menjelaskan bahawa pemeriksaan dan penemuan virus itu berlaku di pasar Haudongcheng pada 13 Ogos lalu.

Mereka yang menyentuh bungkusan durian tersebut bagaimanapun dilaporkan negatif terhadap ujian saringan COVID-19 dan telah menjalani kuarantin.

Sementara itu, kesemua bungkusan durian tersebut telah disimpan atas tujuan keselamatan sementara sebilangan buah dan kawasan berhampiran kawasan pasar terbabit telah disteril.

Dalam pada itu, pejabat terbabit turut mendedahkan bahawa ia telah membincangkan perkara tersebut bersama Pentadbiran Kastam Umum China.

Pihak berkuasa bagaimanapun mengatakan bahawa import produk daripada para pembekal Thailand tidak akan ditangguhkan, berikutan hasil pemeriksaan hanya ditemui di kawasan setempat dan bukan di pusat pemeriksaan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN