Cipta Sejarah, Ini Manusia Pertama Terbang Ke Dalam Kawah Gunung Berapi

Seorang lelaki mencipta sejarah buat dirinya sendiri apabila menjadi manusia pertama yang berjaya terbang ke dalam sebuah kawah gunung berapi di Chile, baru-baru ini.

cipta sejarah, ini manusia pertama terbang ke dalam kawah gunung berapi

Sebastian Alvarez, 36, melakukan aksi itu dengan menggunakan sut sayap terbang bagi memasuki kawah Gunung Berapi Villarrica yang mempunyai kawah selebar 198 meter.

cipta sejarah, ini manusia pertama terbang ke dalam kawah gunung berapi

Beliau terjun dari sebuah helikopter yang terbang pada ketinggian lebih 3,000 meter sebelum memasuki gunung berapi itu yang setinggi 2,800 meter dan terletak lebih 700 kilometer dari Santiago.

cipta sejarah, ini manusia pertama terbang ke dalam kawah gunung berapi

Alvarez terbang pada keluan 150 kilometer sejam dengan memasuki sedikit ke dalam kawah yangmasih mengeluarkan wap, sebelum beliau keluar semula dan mendarat ke permukaan daratan dengan menggunakan payung terjun.

 

Beliau juga sebelum ini amat dikenali dengan pelbagai aksi lagak ngeri seperti terjun dari Mount Blanc di Banjaran Alps dengan menggunakan sut sayap terbang.

Sumber: [1]