Isteri Kena Cerai Kerana Hanya Tahu Masak Mi Segera

Seorang lelaki dilaporkan telah meminta cerai selepas mendapat tahu bahawa isterinya hanya pandai memasak mi segera untuk dimakan.

isteri kena cerai kerana hanya tahu masak mi segera

Kejadian berlaku di India selepas hakim utama daerah dan mahkamah sesyen bercakap mengenai kes perkahwinan dimana satu pasangan menfailkan cerai hanya kerana isu yang kecil.

.

Menurut hakim terbabit, ML Raghunath, kes itu berlaku ketika beliau menjadi hakim di daerah Ballari, dekat negeri Karnataka.

.

“Lelaki itu berkata isterinya tidak tahu memasak makanan selain mi Maggi. Mi segera disediakan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

“Dia mengadu bahawa isterinya pergi ke kedai dan hanya membeli mi segera kerana tidak pandai memasak hidangan lain,” kata Raghunath.

.

Pasangan itu akhirnya setuju untuk berpisah atas persetujuan bersama.

.

Menurutnya, adalah sukar untuk mencari penyelesaian kepada pertikaian dalam rumah tangga dan kebanyakkan daripada mereka akan merujuk semula apabila memikirkan soal masa depan anak-anak.

.

“Kami menggunakan sentimen untuk membawa kompromi dalam kalangan pasangan dan menyatukan mereka semula. Ia lebih kepada masalah psikologi berbanding fizikal,” katanya lagi.

.

Sumber: [1]