Lelaki Ini Baru Beli Sofa Dapat Ular Sawa 1.5 Meter ‘Percuma’

Seorang lelaki tidak menyangka menerima ‘hadiah’ selepas membeli sebuah sofa iaitu seekor ular sawa sepanjang 1.5 meter.

lelaki ini baru beli sofa dapat ular sawa 1.5 meter ‘percuma’

Kejadian berlaku di sebuah kediaman di Clearwater, Florida dekat Amerika Syarikat ketika pemilik itu sedar akan kewujudan reptilia berkenaan dalam sofa yang baru dibelinya.

 

Susulan kejadian, lelaki itu segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan ular tersebut.

 

Menurut laporan, sofa tersebut dibawa keluar dari rumah bagi membolehkan mereka mengeluarkan ular berkenaan.

lelaki ini baru beli sofa dapat ular sawa 1.5 meter ‘percuma’

Sofa tersebut katanya baru sahaja dibeli lelaki itu, dan berkemungkinan ular berkenaan telah berada di dalamnya semasa ia dibeli.

 

Reptilia itu akhirnya berjaya dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak berkuasa.

 

Sumber: [1]