Beli Salad Dapat ‘Free Gift’ Ular Paling Berbisa

Pasangan dari Sydney, Australia terkejut apabila menemui seekor ular berbisa dalam bungkusan salad yang dibeli mereka dari sebuah pasar raya.

beli salad dapat ‘free gift’ ular paling berbisa

Bungkusan itu dibeli Alexander White dan pasangannya, Amelie Neate, pada Isnin lalu sebelum dimasukkan ke dalam beg galas.

 

Mereka hanya sedar bungkusan itu mengandungi ular selepas pulang ke rumah dan membuka beg galas berkenaan.

 

"Ia bergerak dan menjelirkan lidah. Sebenarnya, lidahnya menyebabkan saya tahu ia bukan cacing besar," kata White.

beli salad dapat ‘free gift’ ular paling berbisa

Bagaimana pun ular spesies hoplocephalus bitorquatus dengan panjang 20 sentimeter itu tidak mengancam mereka dan berada dalam bungkusan salad mereka.

Jabatan penyelamat hidupan liar telah dihubungi dan mereka menyifatkan ular itu adalah spesis paling berbisa dan agresif di Australia.

 

Sumber: The Guardian