Dalam usaha menggalakan lebih ramai pembeli untuk membeli rumah, banyak promosi yang dilakukan pemaju seperti memperkenalkan pendahuluan tanpa bayaran dan juga rebat tunai serta hadiah-hadiah ekslusif.
Berbeza dengan pemaju perumahan di China ini apabila mereka membenarkan pembeli untuk membayar pendahuluan rumah dengan menggunakan hasil lain seperti gandum dan juga bawang putih.
.
Ia berikutan penjualan perumahan yang teruk sejak pandemik COVID-19 melanda, hingga memaksa pemaju melakukan apa sahaja bagi memastikan kediaman dapat terjual dalam pasaran hartanah.
.
Menerusi iklan yang tular, Hartanah Tengah China yang berpusat di Henan sanggup menerima hasil tanaman bagi menggantikan wang tunai. Untuk setiap kati tanaman berharga dua yuan iaitu anggaran 500 gram, ia bernilai sehingga 160,000 yuan (RM105,291.08) untuk pendahuluan seunit kediaman.
“Kami membantu petani dengan kasih sayang dan memudahkan mereka membeli rumah,” kata ejen syarikat hartanah itu dalam sat kenyataan.
.
Hasil promosi itu nyata berjaya menarik minat 852 pembeli dengan 30 transaksi berlaku melibatkan 51,600 kilogram bawang putih dalam tempoh 16 hari.
.
Harga pasaran bagi bawang putih dan gandum adalah 1.5 yuan (99 sen) untuk 500 gram.
.
Sumber: [1]