Kira-kira tiga tahun lalu, seorang wanita bernama Ayanna Williams memecah rekod Guinness World Records dengan memiliki kuku terpanjang di dunia.
Tahun ini, wanita yang sama itu akhirnya mengambil keputusan besar untuk memotong ‘harga’ berharganya yang dilaporkan berukuran kira-kira 24 kaki dan 0.7 inci sebelum dipotong pendek.
Terdahulu, Ayanna memecah rekod dunia dengan ukuran kuku sepanjang 18 kaki dan 10.9 inci pada 2017.
Menurutnya, dia memerlukan lebih daripada dua botol pewarna kuku dan kira-kira 20 jam untuk menghiasnya.
Namun, akibat komplikasi yang sering dialaminya untuk melakukan aktiviti harian, Ayanna akhirnya membuat keputusan untuk memotong terus kuku panjangnya itu menjadi pendek.
Ia merupakan pertama kali buatnya sejak kali terakhir memotong kuku panjangnya itu sekitar awal tahun 90-an.
Dalam pada itu, kuku yang dipotong itu juga dikatakan akan dipamerkan di Muzium Ripley’s Believe It or Not! di Orlando, Florida.
Sumber: [1]