Bebola Kaca Dikesan Pada Permukaan Bulan, Timbulkan Tanda Tanya

Sepasang bebola kaca yang ditemui pada permukaan bulan oleh kenderaan rover milik China, telah menimbulkan tanda tanya.

 

Objek misteri berukuran kira-kira empat sentimeter lebar itu telah dikesan Yutu-2 menerusi kamera panorama semasa sedang melakukan ekspedisi di bulan.

bebola kaca dikesan pada permukaan bulan, timbulkan tanda tanya

Bagaimana pun, kenderaan itu tidak dapat mengesan bahan kimia yang terkandung pada bebola kaca itu dan hanya dapat merakam gambarnya sahaja.

 

Menurut pengkaji, penemuan bebola kaca ini diharapkan dapat membantu saintis untuk mengkaji lebih mendalam mengenai sejarah bulan dan alam semesta khasnya.

 

Objek kaca terbentuk melalui proses pembakaran pada suhu tinggi bahan berasaskan silica, yang mana kedua-dua komponen penting ini boleh didapati dengan mudah pada bulan.

 

Bebola kaca itu dakwa pengkaji mungkin juga terbentuk dengan sendirinya di bulan, atau dihasilkan melalui impak oleh meteorite.

bebola kaca dikesan pada permukaan bulan, timbulkan tanda tanya

Penemuan bebola kaca ini telah diterbitkan dalam jurnal Science Bulletin.

 

Sumber: [1]