Bayi Baru Usia Seminggu, Ibu Bapanya Dah Fikirkan Soal Jodoh

Pada usia berapa anda mula memikirkan soal jodoh?

 

Jika anda merasakan usia anda untuk memikirkan soal jodoh adalah terlalu awal, ia tidak mampu menandingi seorang bayi perempuan yang jodohnya sudah pun dibincangkan ibu dan bapanya seawal usia seminggu.

bayi baru usia seminggu, ibu bapanya dah fikirkan soal jodoh

Bayi kepada pesohor media sosial dan bintang Youtube Indonesia, Atta Halalintar iaitu Ameena Hanna Nur Atta, yang kini berusia seminggu, sudah dibincangkan soal jodoh untuknya baru-baru ini.

 

Menurut laporan, Atta yang berkahwin dengan anak kepada penyanyi popular, Kris Dayanti iaitu Aurel Hermansyah berkata, jodoh untuk anaknya itu nanti tidak perlu datang dari keluarga kaya.

bayi baru usia seminggu, ibu bapanya dah fikirkan soal jodoh

Katanya, apa yang penting untuk jodoh anaknya itu nanti adalah pegangan agamanya.

 

“Saya tidak akan memarahi mana-mana jejaka yang cuba mendekati Ameena kelak.

“Tidak kisah jika dia datang menjemput anak saya hanya menggunakan motosikal, janji pegangan agamanya kuat,” kata Atta.

 

Jawapan Atta itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan kriteria yang ditetapkan beliau untuk mengahwini anaknya kelak.

 

Sumber: [1]