Seorang bayi perempuan yang dilahirkan melalui pembedahan caesarean ini adalah cukup unik dan hanya terjadi satu dalam 80,000 kelahiran.
Bayi perempuan itu dilihat masih berada dalam kantung amnion, berlaku di sebuah hospital dekat bandar Vinaros di timur Sepanyol.
.
Menurut doktor yang menyambut kelahiran itu, Ana Teijelo, beliau dan pasukannya menjalankan pembedahan caesarean dan berkongsi rakaman proses kelahiran yang berlaku pada Rabu, 23 Mac lalu.
Beliau yang juga pakar sakit puan dan obstetrik berkata, pada hari tersebut satu pembedahan caesarean untuk seorang bayi yang juga pasangan kepada seorang lagi kembar.
.
Kelahiran itu juga disebut juga sebagai ‘duyung’ atau ‘en caul’ adalah keadaan bila mana bayi masih dalam kantung amnion yang biasanya pecah apabila ibu mengandung akan bersalin, yang disebut sebagai air ketuban. Kantung ini akan melindungi bayi daripada kecederaan dan mengawal suhu supaya kekal panas.
Menurut Ana, semua kakitangan yang menyambut kelahiran itu berasa gembira ketika mengendalikan kelahiran unik bayi berkenaan.
"Untuk meninggalkan kenangan ini, kakitangan kami membuat lukisan untuk ibu dengan mencetak plasenta dan ia kelihatan cantik, sungguh.
"Menjadi profesional yang baik tidak bertentangan dengan bersikap empati (jangan takut apabila anda mendengar perkataan plasenta, betul-betul)," katanya.
Sumber: [1]