Seorang wanita dari Auraiya, Uttar Pradesh, India terpaksa membatalkan perkahwinannya pada saat akhir selepas tahu bakal suaminya itu memakai cermin mata untuk membaca akhbar.
Menurut The Times of India, wanita itu enggan berkahwin dengan lelaki yang ada tahap penglihatan rendah termasuklah mereka yang memakai cermin mata.
Perkahwinan yang diatur keluarga ini membuatkan wanita itu tidak mengenali latar belakang pendidikan dan status sosial bakal suaminya.
Ketika hari perkahwinan, keluarga pengantin wanita curiga dengan tahap penglihatan bakal pengantin lelaki, lalu meminta beliau melakukan ujian penglihatan dengan membaca akhbar. Ternyata, lelaki itu tidak dapat membaca dengan baik tanpa cermin mata.
"Anak perempuan saya enggan berkahwin dengannya," kata bapa kepada pengantin perempuan.
Selepas tahu bakal suaminya itu rabun, wanita itu terpaksa membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Disebabkan itu, keluarga perempuan perlu membayar hantaran kahwin secara tunai bersama sebuah motosikal.
Sumber: The Times of India