Batal Kahwin Saat Akhir Gara-Gara Pengantin Lelaki Botak

Seorang pengantin perempuan di India telah membatalkan perkahwinannya pada saat akhir selepas mendapat tahu bahawa bakal suaminya itu berkepala botak.

batal kahwin saat akhir gara-gara pengantin lelaki botak

Kejadian berlaku di daerah Kanpur, selepas pengantin wanita itu dilaporkan enggan mengahwini pengantin lelaki kerana dia tidak mempunyai rambut.

 

Menurut laporan, pada awalnya majlis perkahwinan itu berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Namun, segalanya terbongkar selepas wanita itu sedar calon suaminya sering membetulkan penutup kepala tradisional yang dipakai beliau.

 

Disebabkan itu, si pengantin perempuan bertanya hal tersebut kepada salah seorang rombongan pengantin lelaki. Individu itu kemudian memberitahu ia mungkin kerana pengantin lelaki memakai rambut palsu.

 

Wanita itu kemudian bertanya hal itu kepada pengantin lelaki, sebelum dia mengakui yang sebenarnya dia memang botak dan tidak berambut.

 

Terkejut dengan perkara itu, pengantun perempuan pengsan serta –merta dan sejurus sedar, dia enggan meneruskan upacara perkahwinan dengan menegaskan dia sama sekali tidak akan berkahwin dengan lelaki botak.

 

Akibatnya, keluarga pengantin perempuan turut akur dengan keputusan wanita itu dan menuduh pengantin lelaki menipu mereka. Mereka juga membuat laporan polis bagi kes itu atas alasan penipuan. Kes itu bagaimanapun ditutup selepas mereka dua keluarga setuju berbincang dengan baik.

 

Sumber: [1]