Setahun Mengajar Tanpa Henti, Bapa Menangis Lepas Anak Gagal Matematik

Hancur hati seorang bapa selepas mendapati anaknya gagal dalam subjek Matematik walaupun dirinya telah menghabiskan satu tahun mengajar anaknya itu.

setahun mengajar tanpa henti, bapa menangis lepas anak gagal matematik

Memetik laporan Qilu Evening News, bapa yang berasal dari Zhengzhou, China itu begitu komited untuk melihat anaknya berjaya dalam peperiksaan, terutamanya dalam subjek kira-kira itu, sehingga sanggup meluangkan masa hanya untuk mengajar anaknya secara peribadi setiap hari.

Kedua-dua mereka akan berjaga sehingga lewat malam untuk melakukan ulangkaji bersama-sama. Namun, lain pula yang terjadi selepas anak itu dikhabarkan membawa pulang kad laporan sekolah, yang mendedahkan dia hanya berjaya mendapat 6 markah daripada 100 bagi subjek terbabit.

Terkejut dengan keputusan tersebut, lelaki itu kemudian dilihat menitiskan air mata dan mengelapnya dengan tuala. Reaksi tersebut bagaimanapun, dirakamkan sang isteri dalam diam.

“Saya tak kisah lagi. Segala usaha saya sia-sia. Biarkan dia berjuang sendiri,” kata lelaki itu dalam keadaan kecewa.


Sumber: [1]