Bapa Ini Namakan Anaknya ‘Naruto Uzumaki Namikaze’

Seorang bapa dari Filipina telah mencuri perhatian ramai selepas memberikan nama kepada anak lelakinya watak dalam cerita anime berjudul Naruto.

bapa ini namakan anaknya ‘naruto uzumaki namikaze’

Jamesey Bolivar Maribojo, 29, yang juga seorang peminat Naruto, telah nekad meletakkan nama anaknya dengan nama Naruto Uzumaki Namikaze Maribojo.

.

“Saya amat meminati anime, sejak dari awal lagi.

“Jika anda tahu Naruto: Shippuden, ia menceritakan tentang kanak-kanak lelaki hang membesar tanpa keluarga. Saya sebagai bapa tunggal, saya menjaga anak saya setiap masa. Sebelum saya dan ibunya berpisah, kami setuju memberikan namanya sempena nama Naruto,” ujar lelaki berusia 29 tahun itu.

bapa ini namakan anaknya ‘naruto uzumaki namikaze’

“Saya bukan sahaja memberikan nama Naruto, tetapi turut meletakkan nama panggilan ibunya, Kushina Uzumari dan nama datuknya, Minato Namikaze. Jadi nama penuh anak saya Naruto Uzumaki Namikaze P. Maribojo,” kata Jamesey kepada pemberita.

.

Bagaimanapun, keluarga Jamesey tidak bersetuju dengan nama yang diberikan kerana ia akan menyukarkan kanak-kanak itu untuk menyebut dan menulis namanya sendiri, mungkin juga akan menjadi bahan ejekan kanak-kanak lain.

.

Tambah Jamesey, jika dia mempunyai seorang lagi anak lelaki, beliau akan memberikan nama satu lagi watak dalam cerita Naruto iaitu Sasuke Uchiha.

.

Sumber: [1]