Bantu Lepas Stres Orang Lain, Lelaki Ini Sanggup Jadi 'Beg Tinju'

Bunyi macam aneh, tetapi seorang lelaki dari Turki bekerja sebagai ‘beg tinju manusia’ yang mana orang ramai boleh memilih untuk ‘melepaskan geram’ padanya dengan meninju.

bantu lepas stres orang lain, lelaki ini sanggup jadi 'beg tinju'

Lelaki bernama Hasan Riza Gunay itu difahamkan telah melakukan pekerjaan tersebut sejak 2010 lagi!

Punca Hasan Riza Gunay memilih untuk bekerja sebagai beg tinju manusia juga agak luar biasa.

Katanya, dia memilih untuk menjadi beg tinju kerana ingin membantu orang lain untuk melepaskan tekanan yang mereka hadapi.

Dia sedar bahawa sesetengah orang memilih untuk menghilangkan tekanan dengan melakukan senaman, meditasi, makan atau tidur.

Namun, ada juga yang perlu melepaskan tekanan dengan menjerit dan juga memukul sesuatu.

“Kebanyakan pelanggan saya mengalami depresi atau serangan panik atau terharu dengan rutin harian mereka,” kata Gunay.

Walaupun sudah sedekad melakukan pekerjaan tersebut, Hasan dikatakan kini sedang mencari individu untuk menggantikannya.

Ini kerana dia mahu orang lain untuk mengambil alih peranannya kerana dirinya sudah berusia untuk menerima pukulan daripada orang ramai.

Bukan sekadar menerima pukulan, Hasan turut menjelaskan bahawa pelatih stres juga mempunyai lesen supaya mereka mempunyai beberapa kaedah untuk membantu pelanggannya menghilangkan tekanan.

Tetapi kadang-kadang dia juga mempunyai syarat yang sesuai untuk ‘rawatannya’ untuk klien yang mana dia akan mengenakan topeng dari gambar bercetak orang yang akan menimbulkan perasaan amarah dalam diri pelanggan sehingga membuatkan mereka menyumpah dan meluahkan semua kekecewaan mereka melalui tinju.

Tambahnya, setiap orang mempunyai tempoh kira-kira 10-15 minit setiap sesi yang mana dia juga hanya menerima empat orang dalam satu hari.

Bukan itu sahaja, jika dia merasakan seseorang tidak mempunyai alasan yang cukup baik untuk berada di sana, atau jika mereka berada di dalamnya untuk berseronok, dia tidak akan menerimanya.

Hasan juga tidak alpa apabila menjadi jurulatih yang mana dia sentiasa menitikberatkan keselamatan.

Malah, sebelum memulakan latihan, pelanggan juga diminta untuk menandatangani dokumen yang menyatakan jika dia melakukannya secara sukarela supaya klien dapat menghilangkan tekanan tanpa sebarang tekanan tambahan.

 

Sumber: [1]