Banduan Dibebaskan Gara-Gara Berat Badan Naik Mendadak Masa Dalam Penjara

Seorang banduan yang menjalani hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan membunuh teman wanitanya, telah dibebaskan selepas hakim memutuskan bahawa makanan dalam penjara membuatkannya menjadi obes.

banduan dibebaskan gara-gara berat badan naik mendadak masa dalam penjara

Dimitri Fricano, banduan di Itali telah ditahan kerana membunuh teman wanitanya sebelum dijatuhi hukuman penjara pada 2022.

 

Ketika hukuman dijatuhkan, Dimitri mempunyai berat badan 120 kilogram, namun selepas dipenjarakan berat badannya bertambah menjadi 200 kg.

banduan dibebaskan gara-gara berat badan naik mendadak masa dalam penjara

Disebabkan itu, Dimitri menjadi sukar untuk berjalan di penjara tanpa menggunakan tongkat atau kerusi roda, lalu mahkamah memutuskan banduan itu tidak sesuai untuk terus berada di penjara kerana mustahil untuk dia mengambil diet rendah kalori.

 

Panel hakim menambah, banduan lelaki itu tidak boleh terus dibiarkan di penjara kerana masalah obesiti dan tabiat merokok yang menyebabkan dia berisiko untuk mati lebih awal.

 

Untuk itu, Dimitri akan menjalani hukumannya di tahanan rumah dekat sebuah bandar berhampiran bandar Biella di Itali.

 

Bagaimanapun keputusan hakim untuk membebaskan Dimitri telah menimbulkan kemarahan keluarga bekas kekasihnya yang dibunuh dahulu.

 

Sumber: Kosmo!