Bandar Yokshire, England dilaporkan menjadi tumpuan objek tidak dikenali (UFO) apabila menerima lebih 200 laporan mengenainya sejak 20 tahun yang lalu.
Terbaru, penampakan UFO dikawasan berkenaan adalah tiga minggu yang lalu selepas sebuah jet penumpang merakam satu objek panjang dan berbentuk seperti cigar, terbang berhampiran pesawat ketika ia sedang mengelilingi daerah itu.
Menuru peminat UFO, Yokshire boleh diibaratkan sebagai magnet yang menarik UFO, dengan wujudnya dua stesen pendengaran rahsia di RAF Menwith Hill berhampiran Harrogate dan RAF Fylingdales berdekatan Whitby.
“Ramai pakar UFO berpendapat ia ada kena mengena dengan pangkalan tersebut.
“Pada mulanya ia bertindak sebagai sistem amaran dan stesen pendengaran namun sesuatu mesti sedang berlaku, jika tidak mengapa begitu banyak aktiviti UFO berleluasa?,” kata Dave, peminat UFO dalam satu kenyataan.
Pada 2009 sahaja terdapat 38 kes UFO dikesan di Todmorden, Yokshire termasuklah melihat cahaya, bola api dan objek aneh menyerupai kuda laut di langit.
Sumber: Daily Star