Bagai Mati Hidup Semula, Lelaki 'Ditelan' Ikan Paus

Seorang penyelam komersial hampir ditelan ikan paus dalam satu kejadian menakutkan yang terjadi di Cape Cod, Massachusetts.

bagai mati hidup semula, lelaki 'ditelan' ikan paus

Lelaki yang bernama Michael Packard telah bekerja sebagai penyelam selama 40 tahun tidak pernah mengalami kejadian sebegitu dalam hidupnya sebelum ini.

Packard sempat menjelaskan kepada satu stesen televisyen tempatan bahawa dia merasakan ‘benjolan besar tersebut dan kemudian semuanya bertukar gelap.’

Malahan dia pada mulanya mengingatkan dirinya diserang jerung.

“Saya berasa sekeliling saya dan saya menyedari ia tidak mempunyai gigi,” katanya.

bagai mati hidup semula, lelaki 'ditelan' ikan paus

“Kemudian saya menyedari, ‘Ya Tuhan, saya berada di dalam mulut ikan paus...dan dia cuba untuk menelan saya’.”

Tambahnya lagi, fikirannya pada waktu itu mula melayang, dia terfikir sekiranya riwayatnya akan tamat di situ dan sempat memikirkan mengenai isteri dan anak-anaknya.

“Kemudian secara tiba-tiba dia naik ke permukaan dan menyembur keluar dan mulai menggelengkan kepalanya. Saya dilemparkan ke udara dan mendarat di dalam air,” terang Packard.

Ceritanya lelaki itu lagi, dia seolah-olah tidak percaya bahawa dia masih hidup dan mampu untuk berkongsi mengenai pengalaman itu.

Tidak lama setelah berlakunya kejadian tersebut, Packard dibawa ke hospital untuk diselamatkan yang mana dia dikeluarkan pada petang hari yang sama namun mengalami kesukaran untuk berjalan berikutan perkara yang terjadi.

Jabatan Bomba Provincetown mengesahkan bahawa mereka menjawab panggilan berkenaan operasi menyelamat itu pada 8.15 pagi.

Packard menganggarkan dia berada di dalam mulut ikan paus itu kira-kira 30 saat.

 

Sumber: [1]