Seorang doktor di Brazil baru-baru ini telah mengejutkan jutaan pengguna media sosial dengan memuat naik gambar X-ray seorang lelaki yang badannya dipenuhi dengan telur cacing pita.
Bulan lalu, Dr Vitor Borin de Souza dari Hospital das Clínicas di Botucatu, Sao Paulo, memuat naik gambar X-ray seorang pesakit untuk memperlihatkan kepada pengikutnya betapa teruknya jangkitan cacing pita yang juga disebut sebagai cysticercosis.
Doktor tersebut menjelaskan bahawa titik putih yang terlihat di sekitar bahagian tengah dan lengan pesakit itu adalah telur cacing pita setelah terinfeksi dengan parasit usus biasa.
Mujur, pesakit yang datang untuk pemeriksaan kesihatan itu tidak berada dalam bahaya kerana semua telur cacing pita itu tidak lagi hidup. Walaupun telur-telur cacing pita tidak membahayakan kesihatan lelaki itu, ia nyata menimbulkan kegemparan di media sosial Brazil.
Cysticercosis adalah penyakit yang disebabkan oleh pengambilan telur cacing pita dan dianggap jarang berlaku di Brazil, dengan kurang dari 150 ribu kes setahun. Ia biasanya berlaku pada haiwan seperti khinzir dan lembu, tetapi manusia kadang-kadang juga boleh juga dijangkiti, bermakna hampir semua atau semua organ mereka boleh dijangkiti oleh telur parasit ini.
Terdahulu, penyakit ini telah menyebabkan 50,000 kematian setahun dan adalah penyebab paling biasa kepada epilepsi yang diperolehi di seluruh dunia.
Sumber: Oddity Central