Akibat Baca Mesej Telefon Milik Suami, Wanita Ini Dipenjara Sebulan

Gara-gara membaca mesej peribadi pada telefon bimbit milik suami, seorang wanita telah diperintahkan mahkamah untuk membayar sejumlah wang pampasan berjumlah 8,100 dirham UAE (kira-kira RM9,326).

akibat baca mesej telefon milik suami, wanita ini dipenjara sebulan

Wanita tersebut yang juga isteri kedua kepada lelaki itu didapati bersalah kerana berkongsi perbualan peribadi antara suaminya dan isteri pertama, dengan anak perempuan lelaki itu.

 

Perbuatan itu telah menyebabkan perbalahan antara suaminya dengan isteri pertama, yang akhirnya menyebabkan mereka bercerai.

 

Sebelum ini, Mahkamah Kesalahan RAK menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan terhadap wanita itu kerana membuka email lelaki itu tanpa pengetahuanya.

 

Lelaki itu kemudian membuat tuntutan di mahkamah sivil, yang mana memberitahu bahawa isteri keduanya telah mengakses telefon bimbitnya tanpa pengetahuan dan izin.

 

Akibat daripada perbuatan wanita itu yang berkongsi perbualan mesej, lelaki tersebut perlu mengeluarkan perbelanjaan kerana perlu ke luar negara bagi memujuk isteri pertamanya.

 

Mangsa memberitahu bahawa dia kehilangan pekerjaan disebabkan masalah itu, maka meminta wang pampasan berjumlah 25,000 dirham UAE (RM28,784) untuk kerugian kewangan, kerosakan moral serta pelanggaran privasi.

 

Mahkamah mendapati wanita itu bersalah dan memaklumkan bahawa mangsa terpaksa membayar yuran guaman sebanyak 2,100 dirham UAE (RM2,418) disebabkan olehnya. Jadi, dia perlu membayar pampasan kepada lelaki itu.

 

Bagaimanapun, mahkamah telah menolak permintaan wang ganti rugi lelaki itu yang disebabkan oleh kemusnahan pelbagai perkara termasuk kehilangan pekerjaan serta perbelanjaan keluar dan dalam negara disebabkan kekurangan bukti.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN