Sekumpulan Ayam Belanda Kena Hukuman Mati Akibat Patahkan Pinggul Lelaki

Gara-gara bertindak menyerang seorang lelaki sehingga menyebabkan kecederaan parah, sekumpulan ayam belanda di Kanada ini dijatukan hukuman mati.

sekumpulan ayam belanda kena hukuman mati akibat patahkan pinggul lelaki

Insiden itu menyebabkan lelaki berkenaan patah pinggul selain luka pada beberapa anggota badan.

 

Menurut laporan, kejadian yang berlaku pada Julai lalu di Celista dekat wilayah British Columbia, Kanada selepas lelaki itu diserang sekumpulan ayam belanda dan seekor ayam jantan sehingga menyebabkan beliau cedera parah.

 

 Lelaki itu sempat diberikan rawatan perubatan sebelum petugas bantuan dipanggil ke lokasi kejadian.

 

Susulan kejadian itu, polis menjatuhkan hukuman mati kepada kumpulan ayam belanda dan ayam jantan itu atas kesalahan “jenayah” mereka ini.

 

Kejadian serangan daripada haiwan ini bukanlah pertama kali di dunia. Sebelum ini, seekor anjing peliharaan sebuah keluarga di Amerika Syarikat turut bertindak diluar kawalan menyerang seorang bayi berusia lima bulan.

 

Sumber: Daily Star