Pasar Di Australia Mula Jual Bawang Tak Pedihkan Mata, Rasa Lebih Manis

Woolworths, sebuah pasaraya di Australia, mengumumkan bahawa mereka akan mula menjual jenis bawang yang istimewa yang tidak menyebabkan mata anda berair.

pasar di australia mula jual bawang tak pedihkan mata, rasa lebih manis

Menurut mereka, bawang unik ini akan menyebabkan kurang air mata apabila anda menghirisnya, seperti yang dilaporkan oleh Xinhua.

 

Katanya, bawang-bawang ini hanya mengandungi beberapa bahan kimia dan enzim semula jadi yang dipanggil sebatian yang mudah meruap, yang biasanya menyebabkan mata anda berair dan terasa pedih.

 

Sebatian-sebatian ini berkurang dengan lebih cepat selepas bawang-bawang ini dituai, berbeza dengan bawang biasa yang meningkat kandungan sebatian mudah meruap ini dari semasa ke semasa.

pasar di australia mula jual bawang tak pedihkan mata, rasa lebih manis

Woolworths menyebut bahawa mereka telah membangunkan tanaman bawang yang tidak memedihkan mata ini selama bertahun-tahun menggunakan kaedah semula jadi, termasuk pembiakan campuran jenis-jenis bawang yang berbeza. Malah menurut mereka, bawang-bawang ini mempunyai rasa yang lebih lembut dan sedikit lebih manis berbanding bawang biasa.

 

Bila agaknya bawang jenis itu nak masuk Malaysia ya?



Sumber: Bernama