Negara Arab Saudi dilaporkan bakal membina satu bangunan yang mempunyai ketinggian mencecah 2,000-meter (2 kilometer) tidak lama lagi.
Bangunan pencakar langit yang akan berdiri dua kali ganda lebih besar dari Burj Khalifa ini akan menjadi salah satu struktur buatan manusia terbesar sepanjang zaman.
Kos pembinaan yang dianggarkan bernilai £4 bilion (RM21.76 bilion), bangunan ini pada awalnya akan membentuk struktur mega kepada pereka bentuk dalam satu pertandingan reka bentuk.
Jika cadangan ini berjaya dilaksanakan, ia akan menjadi bangunan mega, menyebabkan bangunan pencakar langit lain di dunia akan kelihatan ‘kerdil’.
Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar mentakrifkan bangunan ‘supertall’ atau dianggap ketinggian luar biasa apabila mencapai ketinggian melebihi 300 meter. Manakala struktur lebih 600-meter pula dilabel ‘megatall’ atau bangunan mega.
Ketika ini, Menara Burj Khalifa di Dubai menjadi pencakar langit paling tinggi di dunia, diikuti Merdeka 118 (Kuala Lumpur), Menara Shanghai (China) dan Menara Jam Diraja Mekah.
Tiada maklumat lanjut mengenai tarikh dan perancangan tentang bangunan mega ini.
Sumber: Kosmo!