Anda Akan Dibayar Matawang Digital Jika Buang Hajat Di Tandas Ini

Umum sudah sedia maklum bahawa kita perlu membayar kepada penyedia perkhidmatan septik yang mengurus sisa pepejal anda dengan cukup baik dan sempurna. Namun tahukah anda terdapat satu tandas yang membayar kepada anda pula apabila anda menggunakannya?

anda akan dibayar matawang digital jika buang hajat di tandas ini

Menurut The Sun, kemudahan tandas yang disediakan kepada penuntut sebuah universiti di Korea Selatan ini memberi pulangan wang digital 10 Ggool sehari jika mereka menggunakannya.

 

Nilai 10 Ggool itu dikatakan cukup untuk mendapatkan secawan kopi, pisang, mi segera, buah, atau juga disimpan bagi membeli buku di kampus universiti.

 

Tandas yang dikenali sebagai BeeVi, direka oleh Cho Jae-weon, seorang profesor kejuruteraan bandar dan persekitaran dari Institut Sains dan Teknologi Ulsan (UNIST), menghubungkannya kepada makmal yang mengumpul bahan buangan untuk dijadikan tenaga dalam bentuk biogas.

anda akan dibayar matawang digital jika buang hajat di tandas ini

Pam khas direka untuk membawa najis manusia ke tangki bawah tanah dan pam vakum dipasang bagi mengurangkan sisa air.

anda akan dibayar matawang digital jika buang hajat di tandas ini

Bahan buangan yang terkumpul dalam tangki akan diuraikan menggunakan sejenis mikroorganisma lalu menukarkannya kepada gas metana. Gas ini kemudian digunakan sebagai bahan bakar untuk mendidihkan air dan dapur memasak dalam bangunan.

 

"Jika kita berfikir di luar kotak, najis ini memiliki nilai berharga untuk membuat tenaga dan baja kata Jae-weon.

Sumber: [1]