Bapa Mengadu Laptop ‘Banyak Sampah’, Anak Tolong Cuci Guna Sabun. Bijak!

Seorang anak perempuan berniat baik mahu membantu bapanya yang sering merungut komputer ribanya mempunyai terlalu ‘banyak sampah’.

bapa mengadu laptop ‘banyak sampah’, anak tolong cuci guna sabun. bijak!

Anak perempuan itu kemudiannya membawa komputer riba milik bapanya berjenama Apple dan merendamnya dalam bekas berisi air serta sabun, dengan niat mahu membersihkan ‘sampah’ yang sering diluahkan bapanya itu.

 

Perkara itu diluahkan si ibu yang tidak pasti mahu ketawa atau menangis selepas melihat kejadian berkenana.

bapa mengadu laptop ‘banyak sampah’, anak tolong cuci guna sabun. bijak!

Video yang tular juga dirakam oleh ibunya dari Shandong di Timur China, menunjukkan sebuah laptop terendam dalam besen yang dipenuhi air dan buih, manakala bebola mandian berwarna biru terapung di atas papan kekunci.

 

Dapat dilihat juga air mencurah ke besen sambil kanak-kanak berusia dua tahun itu memeriksa sama ada air itu bersih atau tidak.

 

"Saya masuk bilik air dan melihat apa yang dilakukan anak perempuan saya. Saya hampir mati kerana marah.

"Ayahnya sedang tidur dan berdengkur kuat. Saya dengar seseorang sedang buat sesuatu di bilik mandi kami.

"Saya masuk bilik air dan nampak apa yang anak perempuan buat. Saya hampir mati kerana marah.

"Semasa sarapan pagi suami saya merungut terlalu banyak sampah dalam komputernya. Jadi anak kami memutuskan untuk tolong cuci," kata ibunya.

 

Laptop itu kemudiannya dibawa keluar dari besen lalu dikeringkan, namun malangnya ia tidak dapat dihidupkan lagi.

 

Sumber: SCMP