Tindakan anak kepada seorang lelaki yang membawa pulang patung dari sebuah wat di wilayah Nakhon Nayok, Thailand, akhirnya telah membawa padah kepada keluarganya sendiri.
Menurut laporan, lelaki yang dikenali dengan nama Ponchai, 31, pernah mengunjungi Wat lam Bua Loi di daerah Tha Ruea, sebelum anaknya membawa pulang patung Hulk semasa lawatan itu.
Namun, selepas mereka pulang ke rumah, anaknya mula mengalami masalah kesihatan dan salah satu lengannya terkehel.
Malah, mereka turut terlihat susuk lelaki berbadan besar berkeliaran di sekitar rumah, selain anaknya sering menyebut ‘hantu’.
Kanak-kanak kecil itu juga sering menangis dan beberapa ahli keluarga lain turut melihat lembaga bertubuh besar dalam rumah mereka hampir setiap malam.
Tidak tahan dengan gangguan yang diterima, lelaki itu kemudian kembali ke wat tersebut bersama keluarganya lalu memulangkan patung tersebut bersama satu set peralatan keagamaan untuk diberikan kepada sami.
Tidak dapat dipastikan keadaan terkini keluarga itu, namun yang pasti kita tidak seharusnya mengambil apa jua barangan yang bukan milik kita, walau dimana jua tempat yang kita lawati.
Sumber: Kosmo!