Satu anak patung Chucky telah ditahan dan digari tangannya kerana didakwa telah menakutkan orang ramai dengan sebilah pisau.
Kejadian yang berlaku di Monclova dekat Mexico ini selepas anak patung itu digunakan untuk menakutkan orang ramai di dataran awam oleh pemiliknya yang dikenali sebagai Carlos N.
Menurut laporan, pemiliknya itu menggunakan anak patung berkenaan bersama sebilah pisau besar untuk memeras ugut wang daripada orang awam.
“Suspek meletakkan anak patung itu dimuka orang ramai dan menakut-nakutkan mereka. Ini satu kesalahan dan dia ditangkap,” demikian menurut Pengarah polis Monclova, Juan Raul Alcocer.
Ekoran kejadian, Carlos dan anak patung Chucky itu dibawa ke balai dengan keadaan tangan mereka digari bagi proses seterusnya.
Foto anak patung Chucky itu digari telah menjadi tular di media sosial serta ramai yang tampil dengan komen serta pendapat tersendiri. Anak patung Chucky menjadi ‘mimpi ngeri’ buat kebanyakkan individu selepas filemnya berjudul Child’s Play ditayangkan pada tahun 1988.
Sumber: Kosmo!