Anak Kambing Berjalan Macam Manusia Curi Perhatian

Video aksi comel seekor anak kambing betina berjalan menggunakan kedua-dua kakinya jadi viral.

anak kambing berjalan macam manusia curi perhatian

Menerusi rakaman video Lokesh Mishra, menunjukkan anak kambing itu berjalan menggunakan kaki belakangnya cuba mengimbangkan badannya di kampung Ramdiri, di negeri Bihar, Utara India.

Menurut pemilik kambing itu, Lokesh Mishra, anak kambing itu lumpuh kaki hadapan sejak lahir.

Mulanya mereka sudah berputus asa dengan kambing tersebut, namun dalam masa beberapa hari sahaja, kambing itu sudah pandai berlari menggunakan kaki belakangnya.

anak kambing berjalan macam manusia curi perhatian

Rata-rata penduduk kampung semakin sayangkannya dan ramai yang suka merakam gambar dan video kambing itu.

Pakar veterinar tempatan percaya, kambing itu mungkin lumpuh ketika masih di dalam perut ibunya.

Tengok ni.

 

Sumber