Datuk Nurulhidayah berkongsi kisah peribadi yang menyentuh hati, termasuk permulaan perkahwinannya dengan suami tercinta, yang kini menjadi pendorong dalam hidupnya di Podcast Confession Bilik Gelap.
Menurut Nurulhidayah, anaknya Sofea yang pada ketika itu berumur lapan tahun menanyakan soalan mengenai bapa baharu.
“Dede, whenever you’re ready, can we have a new papa?” soal anaknya.
Terkejut dengan soalan anaknya itu, Nurulhidayah menyatakan bahawa dia boleh menjadi kedua ibu dan bapa kepada anaknya.
Namun jawapan anaknya ini telah menyentuh hati Nurulhidayah.
“No, in a family there must be a man. A man called father to take care of you and us. You cannot take care of yourself”, jawab anaknya.
Mendengar jawapan matang daripada anaknya, Nurulhidayah akui telah terbuka mindanya untuk percaya dengan jodoh yang diberikan daripada Allah SWT.
Dengarkan episod penuh Confession Bilik Gelap hanya di SYOK!