“Islam Agama Yang Baik, Anak-Anak Saya Sangat Menghormati Walaupun Kami Berbangsa Cina” - Uncle Mike

Uncle Mike, penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan 2024 yang dikenali dengan kisah menyentuh hati membesarkan tiga anak yatim beragama Islam sejak tahun 2008 telah berkongsi pendapatnya mengenai soalan yang dituju kepadanya mengenai agama Islam dalam Podcast Confession Bilik Gelap. 

 

Pengacara podcast ini, Sudirman Mohd Tahir mengajukan soalan mengenai pernahkah anak-anak angkat Uncle Mike pernah bergurau untuk mengajaknya memasuki agama Islam. 

 

“Dalam sepanjang membesarkan mereka, pernah tak mereka bergurau untuk ajak Uncle Mike masuk agama Islam?”, soalnya kepada Uncle Mike. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok.bm)

 

 

“Memang selalu, bagi saya Islam adalah agama yang baik. Tapi saya pun tidak tahu lagi kerana saya masih ada ibu. 

 

“Macam anak-anak saya, mereka hormat nenek mereka. Salam dan cium walaupun nenek mereka berbangsa cina”, kata Uncle Mike. 

 

Dalam pada itu Uncle Mike berpendapat Islam tidak pernah mengajar orang untuk memaki hamun. Namun dengan kejadian pukul orang OKU yang berlaku baru-baru ini telah memberikan impak yang buruk. 

 

Dengarkan episod penuh Confession Bilik Gelap hanya di SYOK