Pempengaruh media sosial, Eyka yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di hutan di Bandung, Indonesia telah ditemui selamat semalam.
Ketika Eyka dijumpai oleh pihak berkuasa, dia dilihat terbaring di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Sebelum ini, kehilangan Eyka tular apabila rakannya, Ammar Nazhan menyedari perkara berkenaan kira-kira jam 2 pagi Isnin lalu ketika melakukan aktiviti paranormal di dalam hutan.
Memetik laporan media, Ammar Nazhan berkata, lebih dari 20 orang menyertai aktiviti paranormal, tetapi tujuh sahaja masuk ke dalam hutan termasuk Eyka.
“Hanya dia perempuan yang masuk ke dalam hutan, kebetulan waktu itu Eyka sedang datang bulan,” ujarnya lagi.
Sumber: Awani