“Kami Cuba Sedaya Upaya Cukupkan Makanan” - Taema Pernah Terima 200 Pax Extra Semasa Hari Perkahwinan Berlangsung

Pemilik dan pengasas Taema, sebuah perunding perkahwinan dan acara yang sedang berkembang pesat berkongsi di Podcast Duit Tepi pernah berdepan detik cemas selepas menerima ‘extra’ 200 pax oleh ibu pengantin pada hari perkahwinan pelanggannya. 

 

“Saya pernah menggendali sebuah acara perkahwinan di mana ibu kepada pengantin tiba-tiba memberitahu saya dia terlebih menjemput tetamu sebanyak 200 orang pada hari perkahwinan,” katanya. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok.bm)

 

 

Tanpa membuang masa, Yiyien iaitu pengasas Taema terus menghubungi katerernya untuk tambah masakan buat 200 pax. 

 

“Saya cakap you guys go get your team masak another extra 200 pax on the spot.

 

“Team saya managed to masak semuanya sebelum majlis bermula”, kongsinya. 

 

Tidak cemas dengan keadaan tersebut, team Taema berjaya menyediakan segalanya pada hari yang sama dan memuaskan hati pelanggannya. 

 

“Aunty happy sangat kata ibu pelanggan, bagi saya asalkan pelanggan puas hati kan pun turut gembira walaupun staff saya semua patah tangan nak gaul makanan”, tambahnya. 

 

Dengarkan episod penuh Podcast Duit Tepi bersama Taema hanya di SYOK