“Ya Allah Kalau Betul Dia Orangnya, Mudahkan Urusan Kami” Arrora Salwa Menangis Dilamar Suami Di Depan Kaabah

Arrora Salwa, penyanyi berbakat yang baru sahaja melakar semula namanya selepas menyertai Gegar Vaganza berkongsi di Podcast Confession Bilik Gelap bagaimana suaminya melamarnya di Mekah. 

 

Arrora yang pada ketika itu bekerja sebagai seorang pramugari dan suaminya sebagai juruterbang dalam perjalanan ke Jeddah. 

 

“Dah sampai sana, masa tu saya pakai glove dan saya tarik dia. Allah sangat mudahkan kami orang yang ramai tu buka jalan untuk kami pegang Kaabah. 

 

“Kami dapat solat hajat di bawah pancur emas dan di situlah saya berdoa, Ya Allah jika dialah orangnya bukakan hatinya untuk melamar saya. 

 

“Aku dah penat asyik jumpa orang yang salah. Tolong… “, kongsinya. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYOK (@syok.bm)

 

 

Lebih menarik, selepas mereka keluar daripada kawasan Tawaf, suaminya terus melamar dirinya untuk menjadi isteri yang sah. 

 

“Salwa Razak, sudi tak awak jadi isteri saya yang sah,” kata suaminya. 

 

Tidak dapat menahan sebak Arrora akui menangis dan terkejut dengan lamaran suaminya itu. 

 

Dengarkan episod penuh Confession Bilik Gelap hanya di SYOK