Anak-Anak Tikus Dijadikan Snek Makan Petang

Sebuah video baru-baru ini menjadi tular selepas ia memaparkan seorang lelaki menjadikan anak tikus sebagai snek makan petangnya.

anak-anak tikus dijadikan snek makan petang

Rakaman yang dimuatnaik di Instagram @terangmedia itu menunjukkan lokasi seperti di sebuah kedai kopi, bersama secawan kopi dan piring berisi beberapa ekor anak tikus tidak berbulu.

 

Dalam video berkenaan, lelaki itu dilihat bersahaja mempamerkan aksi memakan anak tikus itu, bersama secawan kopi.

anak-anak tikus dijadikan snek makan petang

Perbuatan itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut mengecam tindakan memakan anak tikus itu.

 

Namun bagi masyarakat Jawa, amalan memakan anak tikus ini adalah satu perkara biasa dan ia dikenali sebagai ‘Ngunta Cindil’.

 

Anak-anak tikus akan diletakkan ke dalam mulut dan terus ditelan bersama tegukan air. Menurut kepercayaan, amalan itu adalah satu teknik perubatan tradisional bagi merawat penyakit lelah dan juga asma.

 

Bagaimanapun, tiada bukti saintifik yang menyokong amalan ini. Malah dikhuatiri anak-anak tikus yang ditelan itu boleh membawa pelbagai penyakit lain kepada manusia amnya.

 

Sumber: [1]