Biarkan Nyamuk Hisap Darah, Aktivis Tak Benarkan Nyamuk Dibunuh

Gigitan nyamuk akan menimbulkan bekas berupa benjol dengan warna merah serta rasa gatal. Tak ada orang yang suka apabila digigit nyamuk. 

biarkan nyamuk hisap darah, aktivis tak benarkan nyamuk dibunuh

Lain pula kisahnya di Perancis, di mana seorang aktivis haiwan di sana menuntut agar nyamuk tidak dibunuh dan orang ramai perlu membenarkan nyamuk-nyamuk itu menghisap darah mereka.

Aymeric Caron, seorang aktivis haiwan yang juga penyampai TV Perancis berkata, bahawa nyamuk perlu menghisap darah manusia untuk memberi anak-anak di dalam perut mereka makan. Oleh sebab itu, dia tidak membenarkan orang ramai membunuh nyamuk.

Kata Caron, sebagai pencinta haiwan sepatutnya membenarkan serangga itu menghisap darah mereka kecuali di Afrika, di mana mereka berisiko menghidap malaria.

Lelaki berusia 47 tahun ini melabelkan diri sebagai anti-specis, yang menganggap semua spesies berhak mendapat layangan atau treatment yang sama.

Sumber