Akibat Terlalu Kaya, Pelakon China Ini Tak Kisah Dikikis Lelaki

Pelakon China, Yang Mi mengatakan bahawa dia terlalu kaya untuk memikirkan kalau-kalau ada lelaki yang mendekatinya hanya kerana wang.

akibat terlalu kaya, pelakon china ini tak kisah dikikis lelaki

Bintang popular itu, yang dilaporkan bernilai 5 bilion yuan (RM3 bilion) itu dilaporkan berkata, “Jika seseorang berbuat baik kepada saya kerana saya mempunyai wang, saya akan berasa sangat gembira, kerana saya mempunyai wang.”

Dia juga menambah bahawa dia tidak bergantung pada orang lain untuk membuatkannya rasa selamat.

Sebaliknya, dia memilih untuk bergantung pada dirinya sendiri.

Yang, 35, bercerai dengan pelakon dan penyanyi Hong Kong Hawick Lau, 47, pada 2018 selepas mengikat tali perkahwinan selama empat tahun.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun.

Yang telah membintangi beberapa siri popular termasuk The Dream of Red Mansions (2010), Beauty’s Rival in Palace (2010), Beijing Love Story (2012) dan Eternal Love (2017).

Bintang itu juga merupakan salah satu personaliti yang paling banyak diikuti di platform Weibo dengan lebih 111 juta pengikut.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN