Seorang wanita menyesal akan perbuatannya yang mahu nampak cantik tetapi menerima kesan sebaliknya.
Alkisahnya terjadi, apabila wanita yang dikenali sebagai Louise Smith ini telah mengambil keputusan untuk membesarkan sedikit bibirnya dengan memasukkan filler. Jadi, dia telah membuat janji temu dengan sebuah salon untuk memasukkan 1.1ml filler ke dalam bibirnya.
Bagaimanapun, keterujaannya berubah selepas bibirnya berubah menjadi tiga kali ganda lebih besar dan menakutkan. Dia juga menyatakan rasa sakit apabila dicucuk dan rasa seperti mahu pengsan.
“Sejam selepas mendapatkan rawatan tersebut, bibir saya menjadi bengkak dan petang itu saiznya sangat besar. Malah ia membesar tiga kali ganda daripada saiz yang sepatutnya.” Katanya seperti yang dilaporkan oleh Daily Star.
Louise juga menyatakan dia merasa sangat sedih apabila melihat perubahan bibirnya di dalam cermin. Dia merasakan seperti ditumbuk di muka berkali-kali dan ianya sangat menakutkan.
Sumber: Daily Star