Aiskrim Dari China Ini Buat Ramai Marah, Tak Cair Walau Dekat Api

Sebuah jenama aiskrim dari China yang pernah digelar sebagai "Hermes of ice cream" telah mendapat kecaman ramai selepas tular satu video yang menunjukkan beberapa produknya tidak mencair, walaupun dibakar dengan api.

aiskrim dari china ini buat ramai marah, tak cair walau dekat api

Video yang menunjukkan aiskrim jenama Chicecream kekal pada bentuk pepejal apabila pemetik api dipegang padanya, menunjukkan ia tidak cair walaupun dibiarkan dalam bilik dengan suhu 31°C selama sejam atau di bawah api yang sangat panas.

aiskrim dari china ini buat ramai marah, tak cair walau dekat api

aiskrim dari china ini buat ramai marah, tak cair walau dekat api

Rakaman itu mencetuskan kegusaran ramai, dengan rata-rata warganet mempersoalkan bahan penstabil atau bahan tambahan yang digunakan bagi menghasilkan aiskrim tersebut.

Bagaimanapun syarikat itu berkata produknya selaras dengan peraturan keselamatan makanan negara.

.

"Kami percaya bahawa adalah tidak saintifik untuk menilai kualiti aiskrim dengan membakar, mengeringkan atau memanaskannya," kata jenama itu dalam catatan Weibo yang mendapat lebih 168,000 suka.

.

Wang Silu, seorang pemeriksa makanan negara China juga berkata produk yang digunakan untuk memekatkan ais krim tersebut adalah selamat untuk dimakan.

aiskrim dari china ini buat ramai marah, tak cair walau dekat api

Chicecream telah mempromosikan jenama mereka sebagai alternatif kepada jenama Barat seperti Magnum dan Haagen-Dazs, menggunakan bahan-bahan yang dikatakan semula jadi dan reka bentuk produk yang diilhamkan tempatan.

.

Sumber: [1]