Aiskrim Free Jika Anda Boleh Habiskan Aiskrim Ini

Adakah anda seorang peminat aiskrim? Dan adakah anda gemar untuk memakan makanan pedas?

.

Jika ya, anda berpeluang untuk dapat aiskrim percuma jika anda boleh menghabiskan aiskrim pedas yang disediakan di Hirata, sebuah kampung kecil dekat Japan’s Fukushima Prefecture.

aiskrim free jika anda boleh habiskan aiskrim ini

Perkampungan Hirata menjadi popular selepas melakukan cabaran itu kepada pengunjung yang boleh menghabiskan aiskrim mereka yang berperisa serbuk cili Habanero.

 

Aiskrim yang ditabur dengan serbuk cili Habanero ini akan diberikan kepada mana-mana pengunjung yang berani menyahut cabaran mereka, selepas mereka menandatangani borang perjanjian yang mana pihak kedai tidak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada mereka.

aiskrim free jika anda boleh habiskan aiskrim ini

Aiskrim unik itu menjadi popular sejak daripada insiden yang melanda Fukushima pada 2011. Tsunami yang menyebabkan pelbagai kerosakan pada kawasan setempat juga menyebabkan penduduk gagal untuk menjual tamanan dan sayuran mereka. Maka, timbul idea untuk menanam lada Habanero.

.

Dari situ, mereka cuba pelbagai hidangan berasaskan lada Habanero hinggalah kepada terhasilnya aiskrim berperisa lada yang cukup pedas ini.

aiskrim free jika anda boleh habiskan aiskrim ini

Penghasilan aiskrim berperisa lada Habanero juga tidaklah semudah aiskrim biasa. Pekerja perlu memakai sarung tangan, pelitup hidung dan cermin mata kerana serbuk daripada lada ini mampu memberikan rasa sensasi dan pedas kepada sesiapa sahaja yang menyentuhnya.

Ia akan diberikan secara percuma jika pelanggan berjaya menghabiskan aiskrim berkenaan. Namun jika gagal, pelanggan perlu membayar 500 yen, atau kira-kira RM16 untuk setiap aiskrim.

.

Sumber: [1]