Baru-baru ini Turki telah dilanda gempa bumi berukuran 6.8 magnitude dan pelbagai kejadian pelik dan membimbangkan telah berlaku.
Salah satu kejadian yang aneh apabila lantai bumi mengeluarkan sejenis cecair merah seperti warna darah. Kejadian tersebut sempat dirakam oleh seseorang dan video tersebut tular di media sosial.
Gempa bumi telah berlaku sedalam 9 batu dan berpusat hampir dengan daerah Sivrice di Timur Turki.
Selepas kejadian gempa yang awal, daerah itu terus dilanda beberapa siri gempa bumi dengan kekuatan magnitude di antara 5.4 ke 3.3.
Buat masa ini, tiada siapa atau penerangan tentang keluarnya cecair seperti darah itu.
Namun, beberapa pengguna Reddit percaya bahawa cecair tersebut merupakan pewarna yang digunakan untuk mengenalpasti kebocoran. Bagaimanapun, beberapa pihak telah menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa tidak logik untuk menggunakan warna seperti darah itu. Sewajarnya menggunakan warna hijau terang atau kuning.
Sumber: Daily Star