Baru-baru ini, penyanyi, Taylor Swift telah mengadakan konsert di Foxborough, Massachusetts, bagi Taylor Swift Eras Tour.
Namun apa yang menarik selepas konsert ini tamat adalah apabila seorang peminat yang hadir ke konsert itu bertindak menjual air titisan hujan yang didakwanya dikumpulkan pada konsert berkenaan.
Menerusi iklan yang dibuat menerusi akaun Instagram Only in Boston, air titisan hujan tersebut dipanggil sebagai Taylor Swift Eras Tour Merch Rain.
Ia dijual dalam botol pada harga $250 atau kira-kira RM1,142 setiap satu.
Rata-rata warganet yang melihat iklan itu meluahkan pelbagai reaksi berbeza, dan ada juga yang mempertikaikan tindakan penjual itu.
Dalam pada itu, Taylor Swift telah menzahirkan rasa terujanya kerana peminat dilihat tidak berganjak ketika konsertnya sedang berlansung meskipun ketika itu cuaca sedang hujan.
Sumber: Instagram