Ahli Fizik Dakwa Alien Hantar Mesej Menerusi Bintang Di Angkasa

Seorang ahli kuantum fizik dari Kolej Imperial London berkata, makhluk asing mungkin menggunakan cahaya bintang di angkasa untuk menghantar mesej.

ahli fizik dakwa alien hantar mesej menerusi bintang di angkasa

Terry Rudolph mempunyai teori berkenaan dengan berkata kuasa foton daripada keterikatan quantum dari pelbagai jenis bintang boleh dimanfaatkan mereka untuk menghantar mesej rahsia.

 

Fenomena keterikatan kuantum menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) boleh berlaku apabila zarah cahaya yang dihubungkan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

ahli fizik dakwa alien hantar mesej menerusi bintang di angkasa

Komunikasi melalui cahaya ini boleh dijana menerusi prinsip yang tidak dapat dilihat oleh mereka yang tidak terlibat dalam perbualan itu.

 

Cahaya yang sudah diubah oleh makhluk asing itu mungkin akan kelihatan seperti kerlipan bintang di langit seperti yang dapat kita lihat sekarang.

 

Teori ikatan kuantum bukanlah satu perkara baru kerana ideanya pernah ditolak Albert Einstein yang menganggap perkara itu sekadar menakut-nakutkan orang lain. Namun, sejak sedekad lalu, saintis telah mengkaji terdapat kemungkinan perkara itu boleh berlaku dan ia tidak mustahil untuk dilakukan.

 

Keterikatan boleh berlaku apabila cahaya laser ditembak melalui kristal yang mengakibatkan foton individu berpecah dan membentuk pasangan foton terikat yang dapat dipisahkan dengan jarak yang jauh.

ahli fizik dakwa alien hantar mesej menerusi bintang di angkasa

Disebabkan itu, satu peradaban dan teknologi yang cukup maju dapat melakukan pengukuran kuantum bagi bilangan foton terhadap mod cahaya yang sesuai dipancarkan daripada bintang dengan cara keterikatan skala besar yang diagihkan daripada penyebaran ruang bebas cahaya menerusi angkasa lepas.

 

Sumber: Kosmo!