Kakak Meninggal Di Hari Perkahwinan, Adik Ganti Jadi Pengantin Wanita

Seorang wanita terpaksa menjadi pengantin ganti selepas kakaknya dilaporkan meninggal secara tiba-tiba akibat serangan jantung.

kakak meninggal di hari perkahwinan, adik ganti jadi pengantin wanita

Kejadian berlaku di daerah Uttar Pradesh selepas Surabhi, pengantin wanita yang sepatutnya berkahwin bersama Manjesh Kumar, pengsan dalam satu upacara keagamaan sebelum mereka disahkan bersatu sebagai suami dan isteri.

 

Ambulans dikejarkan ke tempat kejadian namun mengesahkan mangsa meninggal ditempat kejadian akibat daripada serangan jantung.

 

Ekoran itu, kedua keluarga pengantin lelaki dan wanita berbincang sesama mereka sama ada mahu meneruskan majlis perkahwinan atau sebaliknya. Maka, satu kata putus dicapai apabila mereka bersetuju menggantikan si adik kepada wanita itu sebagai pengganti pengantin wanita.

kakak meninggal di hari perkahwinan, adik ganti jadi pengantin wanita

“Kami tak tahu apa yang hendak dilakukan dalam situasi ini. Kedua-dua keluarga duduk dan berbincang, dan ada yang mencadangkan adik sebagai ganti. Kedua-dua keluarga pun setuju dengan cadangan itu.

“Aneh rasanya apabila majlis perkahwinan diadakan dalam masa sama mayat kakak masih berada dalam bilik berlainan,” kata abang kepada Surabhi.

 

Sumber: Oddity Central