Ada Ibu Bapa Sanggup Suntik Anak Dengan Darah Ayam Supaya Jadi Genius

Setiap ibu dan bapa sudah pasti sanggup melakukan apa sahaja bagi membantu kejayaan anak dalam hidup. Ada yang sanggup menggadaikan harta benda serta keringat demi anak-anak mereka.

 

Namun lain pula ceritanya di China apabila ada segelintir ibu dan bapa yang sanggup menyuntik anak dengan darah ayam supaya anak mereka menjadi lebih genius dan aktif.

ada ibu bapa sanggup suntik anak dengan darah ayam supaya jadi genius

Amalan itu dilaporkan telah sekian lama dipraktikkan dalam masyarakat sejak 1950-an, meskipun ia secara saintifiknya tidak terbukti berkesan.

 

Menurut kepercayaan, darah ayam segar dikatakan mampu meransang tenaga dan ia digunakan juga sebagai penyelesaian rawatan penyakit seperti barah, kemandulan dan kebotakan.

 

Meskipun kini amalan itu sudah jarang digunakan, ia dipercayai kembali diguna segelintir ibu bapa golongan kelas pertengahan, bagi memastikan anak mereka menjadi aktif dan meningkatkan prestasi dalam akademik serta sukan.

ada ibu bapa sanggup suntik anak dengan darah ayam supaya jadi genius

"Ibu bapa Cina kelas pertengahan yang obses ini melakukan apa saja untuk anak mereka. Mereka sanggup membelanjakan dari satu perempat hingga separuh gaji untuk anak-anak.

"Ada juga yang membeli rumah berhampiran sekolah untuk mengurangkan masa perjalanan anak ke sekolah di samping memberi anak mereka dengan suntikan darah ayam," katanya.

 

Dalam laporan yang diterbitkan Supchina.com, kegairahan ibu dan bapa dalam memastikan anak mereka mendapat tempat yang baik di sekolah membuatkan peningkatan ketara dalam kes kemurungan.

 

Sumber: [1]