Ada Ibu Bapa Beri Anak Nama Aneh Seperti Pocong, Hantu, Kentut

Nama merupakan identiti unik bagi setiap manusia. Ia juga menjadi panggilan untuk orang lain kepada kita dalam kehidupan seharian.

 

Sebelum ini pernah tular kisah seorang kanak-kanak dari Indonesia yang tidak dapat mendaftarkan namanya kerana mempunyai nama sangat panjang hingga 19 patah perkataan.

ada ibu bapa beri anak nama aneh seperti pocong, hantu, kentut

Kegairahan ibu dan bapa dalam memberikan nama yang unik dan berbeza kepada anak-anak khasnya di negara jiran dilihat semakin menjadi-jadi kerana ada diantara mereka yang memberikan nama Pocong dan juga Kentut.

 

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kependudukan dan Catatan Awam, Kementerian Dalam Negeri, Zudan berhubung kegagalan pendaftaran nama anak baru-baru ini.

Menurut beliau, nama-nama aneh seperti Pocong, Kentut dan Hantu telah direkodkan dalam data kependudukan.

 

“Kita amat prihatin terhadap nama anak-anak ini. Kita bimbang nama-nama seperti itu akan jadi permasalahan bagi si anak pada masa depan.

“Ada anak yang diberikan nama Pocong, Hantu dan Kentut. Kasihan nanti anaknya kalau dibuli oleh kawan-kawannya,” katanya.

 

Menurut beliau, meskipun tiada larangan untuk memberikan apa jua nama kepada anak, masyarakat disarankan untuk bijak dalam memberikan nama kerana ia akan digunakan anak seumur hidupnya.

 

Tambah beliau lagi, nama yang indah juga adalah satu doa, selain tidaklah perlu terlalu panjang bagi memudahkan proses pendaftaran.

 

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki menjadi tular gara-gara mempunyai nama “Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta.

nama ada 19 patah perkataan, kanak-kanak lelaki ini jadi viral

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN