Cermin Besar Depan Tandas Cangkung Ini Undang Tanda Tanya

Cermin adalah satu objek yang biasa kita temui ketika berada dalam tandas. Ia biasanya ditempatkan di hadapan sinki untuk kita melihat penampilan diri sendiri.

 

Namun pernahkah anda membayangkan cermin besar dihadapan tandas cangkung yang dapat anda lihat ketika anda sedang membuang air?

 

Itu yang benar-benar terjadi di sebuah tandas dekat Jakarta, Indonesia, seperti yang dikongsikan seorang pengguna Tiktok, @sagita_syah.

cermin besar depan tandas cangkung ini undang tanda tanya

Menerusi video yang tular, beliau merakamkan dirinya duduk diatas mangkuk tandas dengan pantulan imejnya jelas kelihatan pada cermin besar yang dipasang pada belakang pintu.

 

“Ini namanya buang air sambil menginsafi diri,” tulis Sagita.

cermin besar depan tandas cangkung ini undang tanda tanya

Perkongsian Sagita mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya mempersoalkan tujuan cermin itu ditempatkan disitu.

 

@sagita_syah Pup dengan gaya🙂 #fyp #toilet #mirrorslefie ♬ Rasa Sunset - saykoji tukang rap

 

Ada yang menyatakan amat sukar untuk dirinya membuang air besar jika terpaksa berhadapan dengan cermin tandas sebenar itu.

 

Ada juga yang berasa geli dan kurang senang sekiranya cermin itu mungkin dapat dilihat dari dua arah dalam dan luar.

 

Sumber: Tiktok