63 Ayam Mati Terkejut Akibat Muzik Dipasang Terlalu Kuat

Akibat daripada memasang muzik terlampau kuat, disertakan juga persembahan bunga api, tarian dan pancaragam pada pestra perkahwinan tradisional India, 63 ekor ayam dilaporkan mati.

63 ayam mati terkejut akibat muzik dipasang terlalu kuat

Pesta yang cukup meriah itu diadakan pada tengah malam Ahad lalu yang berada dekat dengan ladang ayam milik Ranjit Kumar Parida.

 

"Saya meminta pengendali kumpulan muzik itu untuk memperlahankan bunyi kerana terlalu bising dan menakutkan ayam saya.

"Namun, mereka enggan mendengar dan seorang rakan pengantin lelaki memarahi saya," katanya.

 

Menurut doktor vetrinar yang memeriksa ayam-ayam tersebut, kematian ayam itu adalah disebabkan serangan jantung akibat bunyi muzik terlalu kuat yang mana boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dalam kalangan mereka.

63 ayam mati terkejut akibat muzik dipasang terlalu kuat

“Ayam dikawal oleh irama yang dipengaruhi cahaya semula jadi atau kitaran cahaya siang dan malam.

"Keseronokan atau tekanan secara tiba-tiba akibat muzik yang kuat boleh mengganggu jam biologi mereka," kata Mishra, seorang profesor zoologi yang menulis buku tentang kelakuan haiwan.

 

Selepas campur tangan pihak polis, penganjur acara itu bersetuju menyelesaikan masalah tersebut dan pemilik ayam juga sudah menarik laporan.

 

Sumber: [1]